Monday 1 April 2013

Sejarah Ringkas Penubuhan Manchester United


Sejarah Ringkas Penubuhan Manchester United:


  • Kelab ini dibentuk pada tahun 1878 dengan nama Newton Heath Lancashire and Yorkshire Railway Football Club (Newton Heath LYR F.C.) oleh para pekerja rel kereta api di Newton Heath. 
  • Mereka bermain di sebuah padang kecil di North Road, dekat stesen kereta api Piccadilly Manchester selama lima belas tahun, sebelum berpindah ke Bank Street berdekatan dengan Clayton pada 1893. 
  • Setahun selepas itu, kelab ini menjadi anggota Football League dan mulai memutuskan hubungannya dengan stesen kereta api, untuk menjadi sebuah syarikat persendirian dengan menggaji seorang setiausaha dan membuang nama belakang "LYR" sehingga menjadi Newton Heath F.C sahaja.
  • Namun pada tahun 1902, pasukan ini nyaris muflis, dengan hutang melebihi £2500
  • Hanya beberapa saat sebelum kelab ini diputuskan untuk dibubarkan,tiba-tiba ia mendapat suntikan dana dari J.H. Davies, pengarah sebuah syarikat bir Manchester Breweries. 
  • Setelah selamat daripada muflis, satu undian dilakukan untuk mengganti nama kelab itu sebagai tanda kebangkitan semula kelab tersebut.
  • Nama ‘Manchester Central’ dan ‘Manchester Celtic’ tersenarai sebagai pilihan utama untuk nama baru kelab itu sebelum Louis Rocca, seorang remaja Itali, tiba-tiba mencadangkan supaya nama Manchester United digunakan.
  • Nama yang diusulkan Rocca dipersetujui dan mula dipakai secara rasmi pada 26 April 1902. Davies, pengerusi baru kelab itu, juga memutuskan untuk mengganti warna pasukan daripada  hijau keemasan menjadi merah-putih sebagai warna Manchester United.

Admin:Kamarul Arnizam



0 comments:

Post a Comment